Wednesday, July 30, 2014

Relapsed?



Baru Lepas gaduh ngan budak2 group Bipolar. Mungkin tanda2 nak relapse..sebab bulan puasa selalu miss ubat

Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup aku

anyway people ask me are u a doctor? actually i am not..

Wednesday, November 6, 2013

Empat



Sejak masuk ward hari tu. ade banyak perkara yang aku lalui antaranya aku dapat berehat dan tenangkan fikiran. tapi seyesly staff nurse kat HUKM pemalas. Sorang tu yang lelaki. yang lain semua ok je. Dalam ward dapat lihat bertapa teruknya insan lain yang menderita penyakit jiwa. Ade yang memang hilang dari dunia nyata, cakap sorang sorang, senyum sorang sorang sampai lah yang berak sepah sepah pun ada. sebelah katil aku pulak tu. Syukur Alhamdulillah aku tak seteruk tu.

Semenjak aku keluar banyak perkara berubah. Pandangan orang lain terhadap aku dah berubah. Lebih skeptikal mungkin. Alhamdullilah aku semakin dapat menerima sakit ni. Aku dapat jaga wad macam biasa. tapi wad yang memang rilek sekali. so aku berpeluangan untuk improve diri. memang rasa rendah diri bila lepas discharge dari wad tu, tapi  dalam masa sama dapat terangkan pada dorang yang aku betul betul tak sihat, dari dorang ngumpat belakang aku cakap aku macam macam.

Thursday, August 22, 2013

Tiga


Hari ini rasa sedih. Kemungkinan kena pindah tempat kerja baru. Hari tu dikatakan pindah kerja yang sebelum2 ni. Tapi diberitahu tempat kerja tu tak nak terima. Sebab apa? sebab aku sakit. Sedih sangat. Tak tahu nak cakap apa. Kalau di pindahkan pun, kalau boleh nak balik rumah dekat dengan mak. At least ada family support. Tapi kemungkinan duduk jauh. 

Minggu ni rasanya kesihatan semakin baik. Tidur dah makin tetap. Pukul 9 malam dah tido dalam pukul 5 dah bangon. Ade mengaji sikit2 tapi belum start bersenam. Rasa malas je hehe. Mungkin boleh start esok. Walaupun dapat berita yang tak menyenangkan tu, harapnya dapat terus kuat.

Minggu depan mungkin dah boleh start study. 

Moga-moga esok hari akan menjadi lebih baik. Amin


Wednesday, August 7, 2013

Dua




Salam. Selang beberapa hari ini tak berapa ok. tak dapat komited sepenuhnya pada kerja. Tido tunggang langgang. tak tetap siang dengan malam. Dah start ade anxiety punye symptoms, gigil2. Takut sangat kalau akan berlaku lagi yang macam jadi sebelum2 ni. Takut apa yang akan berlaku masa depan nanti, suatu hari nanti. Takut semua benda. 

Semua simptom ni akan mula bila berlaku perubahan suasana dan kemungkinan bulan 9 ni kena pindah tempat kerja baru. walaupun sangat berharap dapat pindah tempat baru sebab semua orang kat sini dah tahu aku sakit. tapi dalam masa sama takut nak mula kerja dekat tempat baru. Rasa restless.

So apa yang boleh dibuat untuk masa ini adalah : 1) baiki sleep pattern. 2) start bersenam. 3) mulakan pengisian kerohanian . Dalam bulan nie target 3 perkara nie je, perlahan2. Harap ianya dapat membantu supaya jadi lebih baik.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” 13:11

Wassalam :)
Lupe nak Ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin :)

Thursday, August 1, 2013

Satu


Salam. hari ini 2/8/13. Dah lebih kurang setaon setengah aku disahkan menghidap penyakit bipolar. Setakat ni dah dua kali masuk wad. Last sekali bulan 5 hari tu dan alhamdulillah sekarang mampu bekerja walaupun hanya ditugaskan dengan kerja-kerja ringan saje.

Mood hari ini normal. tak hyper/ depress.

Waktu puasa ni susah sikit nak makan ubat. pagi kena bangon awal waktu sahor. kalao terlepas sahor maknanye ta makan ubat la. Oleh sebab haritu aku terlepas makan ubat 3 hari, jadi maknanya tak makan ubat untuk 3 hari la, so aku sekarang nie ambel ubat malam sebelom tido.

Sepanjang aku mengalami sakit nie, ade beberapa perkara yang aku selalu hadapi dan aku rase setiap orang yg menghidapi saket nie akan lalui jugak.

Pertama stigma masyarakat. Semua akan pandang rendah kat kita. dan semua orang akan salahkan kita. Ramai juga yang akan ambil kesempatan, buli dan tikam kite dari belakang.

Kedua Sakit kita sendiri. kalau tak terkawal sampai bile tak dapat perform. Aku percaya setiap saket ade ubatnye. Ade dua tiga pesakit yang aku kenal setakat nie berjaya dalam hidup, dengan syarat symtoms terkawal. Dorang siap kawen dan beranak pinak.aku yakin kalau kite ikut formula yang dipakai oleh mereka, kita pon boleh perform dan mungkin lebih baek daripada orang yang tak sakit.. Kita tak mampu ubah pandangan orang ramai, tapi kita mampu ubah diri kita insyaAllah.