Salam. hari ini 2/8/13. Dah lebih kurang setaon setengah aku disahkan menghidap penyakit bipolar. Setakat ni dah dua kali masuk wad. Last sekali bulan 5 hari tu dan alhamdulillah sekarang mampu bekerja walaupun hanya ditugaskan dengan kerja-kerja ringan saje.
Mood hari ini normal. tak hyper/ depress.
Waktu puasa ni susah sikit nak makan ubat. pagi kena bangon awal waktu sahor. kalao terlepas sahor maknanye ta makan ubat la. Oleh sebab haritu aku terlepas makan ubat 3 hari, jadi maknanya tak makan ubat untuk 3 hari la, so aku sekarang nie ambel ubat malam sebelom tido.
Sepanjang aku mengalami sakit nie, ade beberapa perkara yang aku selalu hadapi dan aku rase setiap orang yg menghidapi saket nie akan lalui jugak.
Pertama stigma masyarakat. Semua akan pandang rendah kat kita. dan semua orang akan salahkan kita. Ramai juga yang akan ambil kesempatan, buli dan tikam kite dari belakang.
Kedua Sakit kita sendiri. kalau tak terkawal sampai bile tak dapat perform. Aku percaya setiap saket ade ubatnye. Ade dua tiga pesakit yang aku kenal setakat nie berjaya dalam hidup, dengan syarat symtoms terkawal. Dorang siap kawen dan beranak pinak.aku yakin kalau kite ikut formula yang dipakai oleh mereka, kita pon boleh perform dan mungkin lebih baek daripada orang yang tak sakit.. Kita tak mampu ubah pandangan orang ramai, tapi kita mampu ubah diri kita insyaAllah.

This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete